Sunday, May 24, 2015

Bakal Menantu Zaman Sekarang




Assalamu'alaikum

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan?
Ingin berkahwin dengan si gadis
Isi dihati sudah dimuntahkan
Dipanggil pula wasitah handalan
Agar urusan mudah segalanya

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan?
Merisik si gadis cara islamik
Sudah diberi tanda setuju
Malang kini keluarga si gadis
Bakal menantu belum ketemu lagi

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Cukup sudahlah si anak muda
Jangan dicanang islamik cara
Jika ada adab dan sopan
Sila ketemu keluarga si gadis

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Dua keluarga bersuara setuju
Ingin adakan majlis pertunangan
Namun kini si anak muda leka
Asyik dengan kerjaya baru
Takut malu dibilang orang
Tiada kerjaya mahu tanggung anak orang pula
Alasan diberi tidak hadir kerna bekerja

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan?
Jika bersungguh datang-lah berjumpa
Berborak santai cukuplah sudah
Asal bertemu empat mata
Hati keluarga si gadis akan lega

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Lupakan dulu islamik dunia
Jika belum dapat amalkan yang asas
Wahai anak muda dengar-lah
Ibu ayah resah dengan bakal menantunya

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Persiapan bertunang meriah galaknya
Warna coklat menjadi tema
Diasak si kakak anak muda
Pastikan segala mengikut warna

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Aduh sudahlah si anak muda!
Bertunang agar sederhana
Bukan tema warna jadi ukuran 
Tanggungjawab masa hadapan menjadi utama

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Kerna bersungguh dihari tunang
Keluarga si gadis berhabis belanja
Kerna ingin penuhi hajat
Agar si gadis gembira sentiasa


 *Kepada mereka yang ingin bertunang/nikah, permudahkan cara dan lakukan yang wajib.



No comments:

Post a Comment