Sunday, April 12, 2015

GST dan Mahasiswa

Assalamu'alaikum

1 April 2015 adalah tarikh permulaan perlaksanaan GST  (Good and Services Tax). Rata-rata rakyat Malaysia sembang kencang berkenaan GST. Secara amnya, semua rakyat tak kira status dikenakan GST. Boleh rujuk pada (R1).

Pagi ni rasa nak gelak puas hati pun ada, nak marah pun ada. Tapi istighfar banyak2 sebab tak tahan dah dengan kenyataan yang agak &%%##% dari Menteri2 Malaysia yang bijak pandai. Melalui berita AstroAwani, Ahmad Maslan yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan II menyatakan mahasiswa perlu masak kat kampus bagi elak GST. Adik2 kat kampus pun tergelak rasanya bila baca kenyataan ni.

AstroAwani : Maslan dikritik saran pelajar masak bagi elak beban GST

QM bukan nak jatuhkan maruah orang. Tapi sudah terang lagi bersuluh, kenyataan dari Ahmad Maslan amat ....tak tahulah nak kata apa.hihi. Kita sebagai rakyat berharap kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dapat memberi kenyataan yang matang dan menyediakan solusi bagi masalah yang ada sekarang ni. Bukan kenyataan yang dibuat secara rambang.

Bagi bekas mahasiswa atau mahasiswa di universiti awam, secara umum sudah tahu bahawa peraturan di asrama tidak membenarkan mahasiswa membawa peralatan memasak apatah memasak di asrama. Mahasiswa perlu isi borang pendaftaran elektrik dan jelasnya memang tak boleh bawa barangan memasak ni.

Sebab tu orang tua2 baq mai, "Berfikir dulu sebelum cakap".


Maka, QM sarankan agar Jemaah Menteri memahami segala situasi dan kandungan jika ingin membuat kenyataan berkenaan dengan sesuatu isu. Banyakkan makan kismis dan berdoa agar dipermudahkan urusan dalam mentadbir negara =P



MAI TENGOK SAT:
R1 GST

No comments:

Post a Comment