Istiadat Perkahwinan Diraja
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor dengan Che Puan Khaleeda Binti Bustamam
8 November 2014 bersamaan 15 Muharam 1436H
![]() |
Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
|
![]() |
| Che Puan Khaleda binti Bustamam |
Alhamdulillah syukur akhirnya TMJ yang disayangi ramai rakyat JDT menamatkan zaman bujangnya dengan suri pilihan hati. Barakallhulakuma! Selama ni asyik dengar gosip jekan. Tula awak semua suka ek gosip2 ni. Ish..ish..Tapi apa pun alfun mabruk (beribu tahniah) to TMJ dan Che Puan Khaleeda atas masjid yang dibina ini.
Tanggal 30 Oktober 2014, hari Jumaat telah berlangsung istiadat pertunangan dan pernikahan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan Che Puan Khaleeda binti Bustamam di Istana Bukit Serene, Johor.
![]() |
| Sama cantik sama padan |
Seterusnya majlis Istiadat Perkahwinan Diraja diadakan pada 8 November 2014. Bandar Johor Bahru serba biru waktu bagi menyambut persiapan pernikahan TMJ dan Che Puan Khaleeda ni. Untuk pengetahuan semua, Sultan dan kerabat Diraja Johor menggunakan warna biru sebagai warna Diraja Johor berbanding dengan kelaziman Diraja negeri lain di Malaysia yang menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi Diraja.
3 November 2014 QM sempat bawa saudara jauh dari Kedah mai datang JB. Kami p makan kat Stulang. Dalam perjalanan ke sana, suasana bandar Johor Bahru sangat cantik berbanding sebelum ni pada waktu malam. Banyak lampu LED dan skrin dipasang bagi mewarnai suasana malam di bandar Johor Bahru. Sampai kat Muzium Johor memang jadi hotspot untuk pengunjung bergambar sebab cantik sangat. Maaf QM tak sempat snap sebab terpegun (kot!).
Apa-apa pun yang QM ingin sampaikan ialah doakan kebaikan buat TMJ dan isteri beliau agar masjid yang dibina ini diberkati Allah dan kekal hingga akhir hayat. Moga TMJ menjadi imam dan ketua keluarga yang soleh dan baik buat isteri dan bakal anakandanya.
![]() |
| Potret Keluarga Diraja Johor. |
![]() |
| Biodata Che Puan Khaleeda binti Bustamam |
![]() |
| Biodata Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim |
![]() |
| Potongan ayat al - quran Surah An-Nur |








No comments:
Post a Comment