Sunday, May 24, 2015

Bakal Menantu Zaman Sekarang




Assalamu'alaikum

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan?
Ingin berkahwin dengan si gadis
Isi dihati sudah dimuntahkan
Dipanggil pula wasitah handalan
Agar urusan mudah segalanya

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan?
Merisik si gadis cara islamik
Sudah diberi tanda setuju
Malang kini keluarga si gadis
Bakal menantu belum ketemu lagi

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Cukup sudahlah si anak muda
Jangan dicanang islamik cara
Jika ada adab dan sopan
Sila ketemu keluarga si gadis

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Dua keluarga bersuara setuju
Ingin adakan majlis pertunangan
Namun kini si anak muda leka
Asyik dengan kerjaya baru
Takut malu dibilang orang
Tiada kerjaya mahu tanggung anak orang pula
Alasan diberi tidak hadir kerna bekerja

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan?
Jika bersungguh datang-lah berjumpa
Berborak santai cukuplah sudah
Asal bertemu empat mata
Hati keluarga si gadis akan lega

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Lupakan dulu islamik dunia
Jika belum dapat amalkan yang asas
Wahai anak muda dengar-lah
Ibu ayah resah dengan bakal menantunya

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Persiapan bertunang meriah galaknya
Warna coklat menjadi tema
Diasak si kakak anak muda
Pastikan segala mengikut warna

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Aduh sudahlah si anak muda!
Bertunang agar sederhana
Bukan tema warna jadi ukuran 
Tanggungjawab masa hadapan menjadi utama

Menantu zaman sekarang
Apakah lagi yang anak muda mahukan? 
Kerna bersungguh dihari tunang
Keluarga si gadis berhabis belanja
Kerna ingin penuhi hajat
Agar si gadis gembira sentiasa


 *Kepada mereka yang ingin bertunang/nikah, permudahkan cara dan lakukan yang wajib.



Sunday, April 12, 2015

Jiranku Ingin Berubah

Assalamu'alaikum
Ha...lihatlah gambar nun di atas. Mesti dah tahu kan entri kali ni nak bincang hal apa.
Ok!

Petang tadi QM nekad nak bagi surat kecil buat jiran sebelah. Sebelah mana? Sebelah bilik di pejabat QM la. Hihi. Cerita asalnya, sejak QM masuk kerja di tempat kerja QM ni selalu bau asap rokok melainkan jiran sebelah QM tiada dalam biliknya. Tapi boleh dikatakan selalu-lah. Tak tahan juga ni sebab selalu bau asap rokok dan secara tak langsung QM menjadi "secondhand smoker". Aiyoo!

Maka QM selitkan surat kecil tu di bawah pintu jiran masa ketiadaannya-lah. Berani sikit. Hihi. Alhamdulillah surat kecil QM disambut dengan baik. Baca ni ha.



Maaflah ayat terabur sebab tengah pening lalat. Jiran sebelah balas surat kita tau ^_^





Maka berilah nasihat secara berhemah dan baik. Merokok tu juga membahayakan kesihatan ye.

"Nasihat yang baik akan menyentuh hati2 manusia"
QM, April 2015


GST dan Mahasiswa

Assalamu'alaikum

1 April 2015 adalah tarikh permulaan perlaksanaan GST  (Good and Services Tax). Rata-rata rakyat Malaysia sembang kencang berkenaan GST. Secara amnya, semua rakyat tak kira status dikenakan GST. Boleh rujuk pada (R1).

Pagi ni rasa nak gelak puas hati pun ada, nak marah pun ada. Tapi istighfar banyak2 sebab tak tahan dah dengan kenyataan yang agak &%%##% dari Menteri2 Malaysia yang bijak pandai. Melalui berita AstroAwani, Ahmad Maslan yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan II menyatakan mahasiswa perlu masak kat kampus bagi elak GST. Adik2 kat kampus pun tergelak rasanya bila baca kenyataan ni.

AstroAwani : Maslan dikritik saran pelajar masak bagi elak beban GST

QM bukan nak jatuhkan maruah orang. Tapi sudah terang lagi bersuluh, kenyataan dari Ahmad Maslan amat ....tak tahulah nak kata apa.hihi. Kita sebagai rakyat berharap kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dapat memberi kenyataan yang matang dan menyediakan solusi bagi masalah yang ada sekarang ni. Bukan kenyataan yang dibuat secara rambang.

Bagi bekas mahasiswa atau mahasiswa di universiti awam, secara umum sudah tahu bahawa peraturan di asrama tidak membenarkan mahasiswa membawa peralatan memasak apatah memasak di asrama. Mahasiswa perlu isi borang pendaftaran elektrik dan jelasnya memang tak boleh bawa barangan memasak ni.

Sebab tu orang tua2 baq mai, "Berfikir dulu sebelum cakap".


Maka, QM sarankan agar Jemaah Menteri memahami segala situasi dan kandungan jika ingin membuat kenyataan berkenaan dengan sesuatu isu. Banyakkan makan kismis dan berdoa agar dipermudahkan urusan dalam mentadbir negara =P



MAI TENGOK SAT:
R1 GST

Monday, January 5, 2015

Bonus $$ Kakitangan Awam, Masyuk!

Assalamu'alaikum
Wah..mesti semua busy  sebab tengah semak gaji ni. Cewah! 
Alhamdulillah rezeki tapi jangan boros berbelanja ye. 

Troll sikit =P

Sabar ya..sabar..hahahha. You all semua nak tahu tak. Kerajaan dah setuju untuk bayar imbuhan tahunan 2014 atau setengah bulan gaji yang akan dibayar pada 15hb Januari 2015 ini. Tengok bawah sat :

>> Minimum RM500 untuk penjawat awam
>> RM250 bantuan khas kepada pesara kerajaan 

So harap dapat ringan beban rakyat terutamanya kepada mangsa banjir. Boleh juga buat persediaan untuk keperluan sekolah anak2, dapur rumah dan lain2. Alhamdulillah..



TSUNAMI KECIL MALAYSIA

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini.


Tahun 2014 banyak coretan buat Malaysia dan secara tak langsung nama Malaysia naik mendadak diperingkat global. Berikut ialah peristiwa yang berlaku sepanjang 2014 di Malaysia :


1) MH370 (8 Mac 2014)
2) MH17 (17 Julai 2014)
3) Malaysia Banjir  - Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis 


Senarai diatas adalah peristiwa yang paling/akan diingati sampai bila2 oleh rakyat  Malaysia mahupun dunia. Satu persatu musibah menimpa Malaysia. Ada hikmah disebalik yang berlaku semua ni. Kita sebagai seorang Muslim jangan cepat melatah sebab dah qada' dan qadr Allah. Dia-lah sebaik2 perancang. Jom kita selak surat2 cinta Allah sat :


Firman Allah :

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ 

Maksudnya : "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan".

[Surah Al - Baqarah ; 2:155-157]

Tafsir bagi ayat diatas tu, Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata, Allah subhanahu wa ta'ala memberitahu bahwa DIA menguji dan menempa para hambaNya. Kadang menguji dengan kebahgiaan, kadang dengan kesulitan seperti rasa takut dan kelaparan [1].

Sheikh Abdur Rahman As-Sa'di rahimahullah dalam tafsirnya menyatakan : " Allah memberitahu bahwa Allah menguji para hambaNya dengan pelbagai bencana. Agar menjadi jelas bahwa siapa (antara mereka) hamba itu yang sejati dan pendusta, yang sabar dan yang keluh-kesah. Ini adalah ketetapan Allah atas hambaNya. Seandainya kebahgaiaan selalu menyertai kaum mukminin, tidak akan ada bencana (yang menimpa mereka). Nescaya terjadi percampuran, tidak ada pemisah (dengan orang2 tidak baik). Kejadian ini adalah akibat dari kerosakan tersendiri. Sifat hikmah Allah ini menggariskan adanya pemisah antara orang2 baik dengan orang2 yang jelek. Inilah fungsi musibah [1]".

Credit to Raja Shamri and Volunteers



Tengok sat makcik ni. Sempoi ja solat atas tanah lembab. Kawasan ni ja yang kering dan tak naik air kata makcik ni. Satu je yang QM nak tekankan. Saat sukarelawan datang ada satu permintaan makcik. Haaaa...makcik nak sejadah, telekung dan kain bersih ja. Makcik sangat kuat dan redha dengan apa yang berlaku. QM tak boleh nak kata apa la kalau QM berada kat tempat makcik ni. Kuatnya semangat! Moga Allah bagi nikmat yang lebih baik pada makcik ^_^






Firman Allah :






 "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.

[Surah Yusuf ; 12:86]


QM tengok gambar2 yang ditayangkan dalam fb pun rasa sebak nak nanges beb. Tengok ni antara gambar yang diambil oleh sukarelawan yang berada di Kelantan. 











































Nak tengok gambar keadaan di sekitar kawasan banjir, boleh layari page Abang Raja Shamri ni 

https://www.facebook.com/abangrajaFANPAGE/photos/pcb.10155005676140134/10155005674610134/?type=1&theater


Sebagai Muslim, kita hendaklah menolong saudara kita jika ditimpa kesusahan. Tak dapat nak turun tolong kat tempat banjir takpa. Jangan sedih. Kita tolong cari sumbangan. P libatkan diri dalam mana2 NGO/persatuab yang buat amal mencari sumbangan. Takdan juga nak tolong kita salur duit bagi sumbangan. Doa jangan lupa ek =P 

QM belum berkesempatan nak tolong tapi buat kerja belakang tabir pun alhamdulillah. start 24hb November sampai lani berkejar2 dengan sukarelawan yang lain packing sumbangan. Tahniah dan syabas buat para sukarelawan yang turut membantu. Orang obese pun ada gak, Palestin dan Thailand datang mai Malaysia nuh!. Kerajaan Turki pun turut sama bagi bantuan. Antara pemimpin yang paling disegani rakyat Malaysia iaitu Sultan Kelantan juga turun bersama membantu rakyatnya. Yang paling best Sultan Kelantan turun sempoi habis. Tanpa sebarang protokol dan pengawal ataupun media. Hat's off!!!


Inilah Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad  V


Moga kita ambil iktibar apa yang berlaku dalam kehidupan ini. Sayangi alam sekitar kerna ia pun makhluk juga. Bencana apa sekalipun berlaku solat jangan tinggal. Tu boleh rujuk pakar tentang solat dalam keadaan sulit. 




Nota Kaki :

[1] Taisirul Karimin Rahman, Cet 1, 1423 Hijri 2002 Masihi, Muassasah Risalah ms 76.


Monday, November 10, 2014

Pernikahan TMJ dan Che Puan Khaleda

Istiadat Perkahwinan Diraja
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor dengan Che Puan Khaleeda Binti Bustamam
8 November 2014 bersamaan 15 Muharam 1436H 




 Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

Che Puan Khaleda binti Bustamam




 Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah syukur akhirnya TMJ yang disayangi ramai rakyat JDT menamatkan zaman bujangnya dengan suri pilihan hati. Barakallhulakuma! Selama ni asyik dengar gosip jekan. Tula awak semua suka ek gosip2 ni. Ish..ish..Tapi apa pun alfun mabruk (beribu tahniah) to TMJ dan Che Puan Khaleeda atas masjid yang dibina ini.

Tanggal 30 Oktober 2014, hari Jumaat telah berlangsung istiadat pertunangan dan pernikahan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan Che Puan Khaleeda binti Bustamam di Istana Bukit Serene, Johor.

Sama cantik sama padan
Kebetulan final Piala Malaysia 2014 berlangsung pada 1 November 2014. Selang beberapa hari je nak final tu. Sempat lagi ye ^_^. Tapi tabik spring la kat TMJ ni cool jekan. Mana la rakyat JDT khususnya sayang sangat kat TMJ dan kekanda beliau yang lain. Mesra rakyat gitu.


Seterusnya majlis Istiadat Perkahwinan Diraja diadakan pada 8 November 2014. Bandar Johor Bahru serba biru waktu bagi menyambut persiapan pernikahan TMJ dan Che Puan Khaleeda ni. Untuk pengetahuan semua, Sultan dan kerabat Diraja Johor menggunakan warna biru sebagai warna Diraja Johor berbanding dengan kelaziman Diraja negeri lain di Malaysia yang menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi Diraja.

3 November 2014 QM sempat bawa saudara jauh dari Kedah mai datang JB. Kami p makan kat Stulang. Dalam perjalanan ke sana, suasana bandar Johor Bahru sangat cantik berbanding sebelum ni pada waktu malam. Banyak lampu LED dan skrin dipasang bagi mewarnai suasana malam di bandar Johor Bahru. Sampai kat Muzium Johor memang jadi hotspot untuk pengunjung bergambar sebab cantik sangat. Maaf QM tak sempat snap sebab terpegun (kot!).

Apa-apa pun yang QM ingin sampaikan ialah doakan kebaikan buat TMJ dan isteri beliau agar masjid yang dibina ini diberkati Allah dan kekal hingga akhir hayat. Moga TMJ menjadi imam dan ketua keluarga yang soleh dan baik buat isteri dan bakal anakandanya.

Potret Keluarga Diraja Johor.

Biodata Che Puan Khaleeda binti Bustamam

Biodata Duli Yang Amat Mulia  Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim



Potongan ayat al - quran Surah An-Nur 





Wednesday, September 24, 2014

ANUGERAH PERDANA RUKUN TETANGGA : AUDIT SKIM RONDAAN SUKARELA 2014

Assalamu'alaikum w.b.t
Hello u'alls....Kabare? Alhamdulillah apik-apik wae beb!
QM tanya, QM yang jawab =_=!

Ok. Entri pertama blog ni. Tudia..!Truih anugerah kaw!

Hai, boleh panggil saya QM. Nama komersial ni digunakan secara rasmi sejak 2013. Nama QM ni digunakan sebab senang dan diambil dari nama akaun facebook serta sebutan pun agak unik. Akhirnya berjaya juga dijadikan nama komersial apabila kenalan baru QM akan lebih mengingati dan mengenali QM. Yahuuuuu!...

Apa tu QM?
haa..QM tu singkatan dari Qila Mumtaz.Alhamdulillah..makna yang baik. Moga2 terus cemerlang.

Tengok tajuk atas tu! @_@
Ok back to the topic. Kali QM nak baq hang sat. Pertama kalinya SRS iaitu Skim Rondaan Sukarela KRT Jalan Batai, Tmn Sri Pulai, Johor Bahru, Johor berjaya ke peringkat kebangsaan. Akan ada penilaian pada hari ini iaitu 24 September 2014. Malam pulak tu  Sebab nak panel penilai akan menilai dari segi taklimat (slide presentation) dan juga amali. Alfun mabruk!

Secara tak langsung QM pun terlibat. Bukan setakat QM je tapi sebahagian keluarga QM pun terlibat. Haaa....hambek ko..! Alhamdulillah juga kami sekeluarga terlibat sebab dapat pratikkan segala ilmu dan kemahiran yang kami miliki ni. ^_^




QM sememang kena design banner dan beberapa poster. Adik QM pulak kena buat layout kawasan rondaan. Kan kan kan...Tapi beribu tahniah la pada para ahli SRS KRT Jalan Batai ni sebab majoriti ahli depa ni warga veteran (emas sebenarnya..hehehe) dan belia. Wah....daebak!

QM pun malam ni akan terlibat secara langsung bagi mengacarakan majlis. Master Ceremony (MC)..biasalah bro, tu kerja sampingan I...hehehehe

Ok, setakat ni saja. nanti QM kemaskini berita selanjutnya..
Daadaada..=D