Monday, January 5, 2015

TSUNAMI KECIL MALAYSIA

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini.


Tahun 2014 banyak coretan buat Malaysia dan secara tak langsung nama Malaysia naik mendadak diperingkat global. Berikut ialah peristiwa yang berlaku sepanjang 2014 di Malaysia :


1) MH370 (8 Mac 2014)
2) MH17 (17 Julai 2014)
3) Malaysia Banjir  - Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis 


Senarai diatas adalah peristiwa yang paling/akan diingati sampai bila2 oleh rakyat  Malaysia mahupun dunia. Satu persatu musibah menimpa Malaysia. Ada hikmah disebalik yang berlaku semua ni. Kita sebagai seorang Muslim jangan cepat melatah sebab dah qada' dan qadr Allah. Dia-lah sebaik2 perancang. Jom kita selak surat2 cinta Allah sat :


Firman Allah :

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ 

Maksudnya : "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan".

[Surah Al - Baqarah ; 2:155-157]

Tafsir bagi ayat diatas tu, Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata, Allah subhanahu wa ta'ala memberitahu bahwa DIA menguji dan menempa para hambaNya. Kadang menguji dengan kebahgiaan, kadang dengan kesulitan seperti rasa takut dan kelaparan [1].

Sheikh Abdur Rahman As-Sa'di rahimahullah dalam tafsirnya menyatakan : " Allah memberitahu bahwa Allah menguji para hambaNya dengan pelbagai bencana. Agar menjadi jelas bahwa siapa (antara mereka) hamba itu yang sejati dan pendusta, yang sabar dan yang keluh-kesah. Ini adalah ketetapan Allah atas hambaNya. Seandainya kebahgaiaan selalu menyertai kaum mukminin, tidak akan ada bencana (yang menimpa mereka). Nescaya terjadi percampuran, tidak ada pemisah (dengan orang2 tidak baik). Kejadian ini adalah akibat dari kerosakan tersendiri. Sifat hikmah Allah ini menggariskan adanya pemisah antara orang2 baik dengan orang2 yang jelek. Inilah fungsi musibah [1]".

Credit to Raja Shamri and Volunteers



Tengok sat makcik ni. Sempoi ja solat atas tanah lembab. Kawasan ni ja yang kering dan tak naik air kata makcik ni. Satu je yang QM nak tekankan. Saat sukarelawan datang ada satu permintaan makcik. Haaaa...makcik nak sejadah, telekung dan kain bersih ja. Makcik sangat kuat dan redha dengan apa yang berlaku. QM tak boleh nak kata apa la kalau QM berada kat tempat makcik ni. Kuatnya semangat! Moga Allah bagi nikmat yang lebih baik pada makcik ^_^






Firman Allah :






 "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.

[Surah Yusuf ; 12:86]


QM tengok gambar2 yang ditayangkan dalam fb pun rasa sebak nak nanges beb. Tengok ni antara gambar yang diambil oleh sukarelawan yang berada di Kelantan. 











































Nak tengok gambar keadaan di sekitar kawasan banjir, boleh layari page Abang Raja Shamri ni 

https://www.facebook.com/abangrajaFANPAGE/photos/pcb.10155005676140134/10155005674610134/?type=1&theater


Sebagai Muslim, kita hendaklah menolong saudara kita jika ditimpa kesusahan. Tak dapat nak turun tolong kat tempat banjir takpa. Jangan sedih. Kita tolong cari sumbangan. P libatkan diri dalam mana2 NGO/persatuab yang buat amal mencari sumbangan. Takdan juga nak tolong kita salur duit bagi sumbangan. Doa jangan lupa ek =P 

QM belum berkesempatan nak tolong tapi buat kerja belakang tabir pun alhamdulillah. start 24hb November sampai lani berkejar2 dengan sukarelawan yang lain packing sumbangan. Tahniah dan syabas buat para sukarelawan yang turut membantu. Orang obese pun ada gak, Palestin dan Thailand datang mai Malaysia nuh!. Kerajaan Turki pun turut sama bagi bantuan. Antara pemimpin yang paling disegani rakyat Malaysia iaitu Sultan Kelantan juga turun bersama membantu rakyatnya. Yang paling best Sultan Kelantan turun sempoi habis. Tanpa sebarang protokol dan pengawal ataupun media. Hat's off!!!


Inilah Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad  V


Moga kita ambil iktibar apa yang berlaku dalam kehidupan ini. Sayangi alam sekitar kerna ia pun makhluk juga. Bencana apa sekalipun berlaku solat jangan tinggal. Tu boleh rujuk pakar tentang solat dalam keadaan sulit. 




Nota Kaki :

[1] Taisirul Karimin Rahman, Cet 1, 1423 Hijri 2002 Masihi, Muassasah Risalah ms 76.


No comments:

Post a Comment